Petai

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Heheh.. Entry kali ni wujud sebab aku nk bercerita tentang petai :

Research Petai on google :
Nama Saintifik: Parkia speciosa

Nama Inggeris: Parkia





Petai mengandungi :
1)Gula semulajadi- sukrosa, fruktosa dan glukosa.
2)Kehadiran serat, ia memberi bekalan tenaga segera, tambahan dan simpanan.

Kajian menunjukkan :

Dengan pengambilan 2 hidangan petai cukup untuk membekalkan tenaga kerja berat selama 90 minit.

Sepatutnyalah petai menjadi hidangan para atlit berjaya di dunia. Bukan hanya membekal tenaga petai juga membantu kita mengekalkan berat badan. Ia juga dipercayai membantu mengelak atau mencegah dari pelbagai penyakit.

Kemurungan:Kajian yg dilakukan oleh MIND menunjukkan petai dapat mengurangkan sindrom kemurungan. Ini kerana petai mengandungi tritofona, sejenis protein yg akan ditukarkan kepada serotinina oleh badan, menyebabkan badan merasa lega, meningkatkan rasa seronok dan membuat kita lebih gembira.


Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.



Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.


Dalam bidang masakan :

Biasanya dibuat sambal tumis, masak lemak.. Biasanya dimakan mentah sebagai ulam-ulaman dan dicicah bersama sambal belacan, sambal ketuk

Sumber:
http://fazlisyam.com/2009/03/06/khasiat-petai/
http://zatajul.blogspot.com/2010/12/khasiat-petai.html

sekian terima kasih :D

Facebook Twitter RSS