S.E.D.I.H

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Hurmmmm.. ade satu word je yang boleh wat hati ni runtun..SEDIH..Sudah sedia maklum bahawa sedih ni satu perasaan yang normal untuk manusia yang normal.Macam-macam definisi kita boleh menerangkan apa itu kesedihan.Tipulah aku sendiri x pernah rase perasaan SEDIH ni. nak hadapinya bukan tenang , tak lain dan tak bukan dengan hanya redha dengan ujian dan dugaan yang allah beri dekat kita.


Sepanjang hidup aku. selalu aku rasa macam tu.. haiysss... sabar en Muhammad Farhan Bin Ali.Hidup ini hanyalah sekali.Pisang tidak akan berbuah 2 kali(lol.. pepatah ni da x boleh pakai dah..aritu ade keluar berita pisang berbuah 4 tandan sekali.wakaka)

Adat lah manusia ade perasaan mcmtu.Lumrah kehidupan.Sebenarnya kehidupan ini penuh dengan warna.Kesedihan tu merupakan satu titik berwarna hitam dalam kehidupan..Bergantung kepada anda untuk mengatasi ataupun menghadapinya.Kecil atau besar tentang kesedihan itu. Sebenarnya aku tulis post ni untuk ingatkan diri aku sendiri..

"Jangan gembira, bersedih lagi"lol...

Sebenarnya kehidupan ni tak pernah berhenti untuk menunggu anda,kehidupan ni sentiasa berjalan menuju ke hadapan.Maksud aku, kalau kita bawak sekali Kesedihan tu dalam hidup ni lama2.. Sudah tentu kita akan membawa kesedihan tu meleret2 dalam hidup kita sebab Masa terus berjalan dengan keadaan macam tu..

Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.….' At-Taubah, ayat 40.

Tertulis indah kalimah tersebut dengan 1001 pengertian..Setiap ujian yang allah s.w.t beri adalah untuk menguji hambanya sejauh manakah iman mereka.

Allah turunkan musibah untuk kita berubah.Ini pun betul. Mungkin ada sesuatu yang datang seperti perasaan sedih ni, allah memberi peringatan kepada hamba-Nya.

Benar sedih tu tak salah. tapi kita tidak pernah dibiarkan berseorangan ketika bersedih..

 

sekian , terima kasih :D

Facebook Twitter RSS