Lapangan Terbang Antarabangsa Senai(LTAS)

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Okeyh.. entry kali neyh yang aku nk post adalah mengenai salah sebuah lapangan terbang yang ada di malaysia ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.Meh sini aku nak cerita sedikit pasal info about lapangan terbang ini sebagai salah satu pengetahuan AM sahaja. Mengikut sumber Wikipedia , Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai singkatan IATA: JHB, ICAO: WMKJ. Terletak dalam kawasan Mukim senai.Terletak berhampiran dengan Johor Bahru.Lapangan terbang ini telah dibina pada tahun 80-an yang telah memberi kesan terhadap pembangunan sosio ekonomi penduduk Senai.Dimanakah Senai ? Senai terletak empat kilometer di selatan Kulai, dan empat kilometer di utara Skudai. Lebuhraya E3 mengaitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan Tuas di Singapura.Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu daripada hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003. LTAS ini memberi perkhidmatan terbaik bagi Pelabuhan Tanjung Pelepas yang sebagai pelabuhan di Johor.Lapangan terbang ini sering kali digunakan oleh Rakyat Johor mahupun singapura untuk terbang ke Thailand , Brunei , vietnam dan sebagainya. LTAS ini juga terletak dalam Lokasi Domestik di dalam Wilayah Pembangunan Iskandariah Malaysia . Hari ini , LTAS berwajah baru dengan reka bentuk aerodinamik dan mempunyai kelengkapan Wifi percuma.

Terdapat beberapa keping foto yang sempat aku capture semalam , saja - saja je pergi :)


Gambar 1 : salah satu pintu masuk utama ke dalam LTAS


Gambar 2 : saje je lalu lorong neyh untuk masuk kedalam


Gambar 3 : Pemandangan di dalam. hehe . sori pix blurrr sket.

Itulah sedikit sebanyak mengenai Lapangan Terbang Antara Bangsa Senai.

Sekian ,

Facebook Twitter RSS