Facebook Badge

About Me

My photo
Nama diberi Muhammad Farhan Bin Ali .. call me paan. je. Hidup aku simple je tapi aku x kesah sangat lah. aku ade keluarga dan juga rakan. Jatuh bangun aku. itulah kehidupan..
Powered by Blogger.

HALATUJU SELEPAS SPM

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Aha ! . Prof telah dapat idea ye nk bertinta mengenai pengalaman prof menyambung pelajaran selepas menghabiskan pembelajaran sewaktu SPM. Maybe entry ni khas untuk adik-adik yang baru tamat pembelajaran di peringkat SPM.. Maybe adik2 semua akan mengalami pengalaman seperti prof jugak suatu hari nanti. insyallah.. mcmne ye nak start ? hahaha.. Seperti yang adik2 tahu. SPM merupakan tahun terakhir adik berada di alam persekolahan , sebelum adik masuk ke zaman Pra-Universiti dan seterusnya ke Peringkat Universiti dan terus ke peringkat tertinggi untuk berjaya dalam hidup . Macam2 saluran boleh pilih. sebelum tu tetapkanlah niat untuk sambung belajar.. Maybe satu persoalan akan timbul. " Saya nak jadi apa ye suatu hari nanti ? " time tu la korang akan teringat tentang biodata peribadi murid yang telah cikgu tanya sewaktu tadika, darjah satu, dan mungkin semasa sekolah menengah. Macam2 option pekerjaan telah disebut. hehe

Bila masuk hal dengan keputusan SPM, Sudah ditakdirkan mesti ada yang cemerlang dan tak kurang juga yang kurang memuaskan.  Walaupun demikian, Prof kalau tak silap, SPM 2010 dapat menyaksikan kenaikan peratusan kenaikan kualiti dan kuantiti pelajar cemerlang yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Hal Ini bermakna, tahun prof amik SPM (2009) yang lepas , pencapaiannya masih tidak sebaik tahun 2010.Prof harap adik-adik yang sedang berjuang tahun ni. teruskan usaha anda tu. Sebab anda umpama di medan perang yang sebenar. Kalau tidak wat preparation awal umpama anda semua sedang masuk di dalam medan perang dengan membawa senapang M-16 tanpa peluru. heheh. kira berani mati la tu :D. Semoga berjaya untuk peperiksaan trial SPM pada tahun ni yang dijangkakan pada bulan september 2011 dan  yang sebenar di November, dan keputusan di Mac .Sebaik sahaja keputusan SPM 2011 bakal diumumkan, jangan lah berlengah untuk mengemaskini rekod permohonan IPT mereka terutama mereka yang memohon melalui UPU. Selain itu, ada juga yang menyemak kursus-kursus yang sesuai dengan keputusan mereka di halaman IMASCU. Macam biasa, Keputusan anda cemerlang , sudah tentu anda semua boleh pergi jauh. Akan tetapi , bagi yang mendapat keputusan yang sederhana tu. Janganlah bersedih. Rezeki anda ad dimana2 sahaja. Cuma anda perlu berusaha lebih lagi untuk mencarinya.Malah, ada juga yang keliru dengan keputusan masing-masing, adakah mereka sepatutnya menyambung pengajian di IPT, Pra-Universiti atau di Tingkatan 6. Mengikut rezeki Prof. Prof dapat result sederhana sahaja. Tapi alhamdullilah , Prof bersyukur apa yang prof dapat. Harap adik2 sekalian pon macam tu.

"Biar kita gagal merancang , tapi janganlah merancang untuk gagal"

Ok, ini jalan selepas anda semua ni tamat mengambil sijil SPM :
  1. Permohonan masuk ke peringkat ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dan MARA. Tapi hanya calon yang cemerlang 1A atau 2A semua subjek.

  2. Permohonan masuk ke peringkat diploma atau asasi undang-undang di IPTA

  3. Permohonan masuk ke peringkat diploma di politeknik

  4. Permohonan masuk ke matrikulasi KPM

  5. Permohonan masuk ke program Asasi Sains Universiti Malaya.

  6. Permohonan masuk automatik bagi yang layak ke tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah (ke peringkat STPM)

  7. Permohonan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) ,Calon yang berjaya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah perguruan di IPTA ditetapkan. Keutamaan pelajar cemerlang yang berminat.

  8. Permohonan mengikuti Program Pra-Diploma UiTM 

  9. Permohonan mengikuti Kursus Sijil melalui : Mara , Politeknik , ILP , Kolej Komuniti , IPTS 

  10. Permohonan Melalui UPU/MOHE

Atau anda boleh ikut jalan ini :

A)SPM>SIJIL/PRA DIPLOMA>DIPLOMA>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD
B)SPM>DIPLOMA>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD
C)SPM>ASASI/MATRIKULASI>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD
D)SPM>PENGALAMAN BERKERJA>DIPLOMA>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD

Semua jalan diatas ni semuanya menuju kepada bidang ijazah. cuma terdapat perbezaan daripada Masa dan juga kos yang terpaksa ditanggung ketika pembelajaran.Ikut kemampuan diri anda. "Tepuk dada , Tanya Selera "

Prof akan bgtaw pendapat prof melalui beberapa kajian dan pendapat. Entri ini dikeluarkan setelah pemerhatian yang dijalankan selama beberapa bulan dengan kerjasama beberapa orang sahabat yang melanjutkan pengajian dalam pra-universiti dan tingkatan 6. Baca lebih lanjut untuk mengetahui pro-dan-kontra tentang pengajian di IPT, Pra-Universiti dan Tingkatan 6.

Institut Pengajian Tinggi (Program Diploma IPTA/IPTS)
Merupakan pilihan utama bagi kebanyakan individu.ADA juga yang memilih untuk ke IPT untuk glamor semata-mata ye. Dapat sahaja slip SPM tu, kebanyakan diantara pelajar mula memikirkan universiti mana yang mereka nak masuk, nama-nama seperti UiTM, UIAM, UM, MMU, UTP, UniKL mula menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar. Belum lagi diceritakan tentang kursus-kursus yang nak dipilih, ada yang pilih Business Study, Islamic Banking, Accounting, Architecture and Engineering, Computer Science dan tidak kurang juga yang telah berangan mengambil kos kritikal seperti farmasi. Hehe. terserah. tapi mase isi kos tu. pastikan melepasi syarat minimum dan khas. kalau tak, DUKACITA la jawabnye. huhuh

Kehidupan di IPT boleh dikatakan agak menyeronokkan dan agak bebas berbanding kedua-dua pilihan lain tadi. Mane taknye diri sendiri berhak menentukan apa yang terbaik dan apa yang buruk. Segalanya bergantung kepada diri sendiri dan pengaruh rakan-rakan yang lain. Ditambah pula dengan jadual waktu kuliah yang fleksibel dan boleh disusun sendiri oleh pelajar. Pilihan kursus pengajian yang banyak merupakan satu kelebihan untuk pelajar IPT, sebagai contoh, dengan penggunaan accumulated course untuk sesebuah program membolehkan pelajar mengambil subjek-subjek tanpa pre-requisite terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko gugur taraf sekiranya CGPA tidak mencukupi.Bagi sesiapa yang memilih IPT, ini merupakan jalan yang paling selamat dan kalau anda terbabas pun. anda boleh melanjutkan atau mengulang semula paper yang anda tidak score tu.

Kebaikan Diploma dari segi pendidikan berterusan ialah kebolehupayaan pemindahan kredit (credit transfer) ataupun potongan kredit hours semasa mengambil ijazah, sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar telah tamat pengajian dan berkonvokesyen untuk program Diploma Sains Komputer, dia boleh memindahkan kredit dari program Diploma ke program Ijazah. Maka, terdapat kursus-kursus pengajian yang tidak perlu diambil untuk menamatkan sesuatu program pengajian.

Berbeza dengan Pra-Universiti, walaupun terdapat sesetengah program Pra-Universiti dijalankan , sebagai contoh Pusat Asasi UM dan Mahupun di Matrikulasi KPM, kebanyakan pelajar yang menuntut di IPT (selain program Pra-U) boleh dikatakan kurang tertekan. Hal ini kerana, peperiksaan dijalankan secara berjadual dan diusulkan terlebih dahulu (3 minggu lebih awal), tugasan selalunya diberi masa 2-3 minggu sebelum tarikh tamat dan projek akhir selalunya dibuat dalam berkumpulan.

Dari konteks  lain pula, gaya hidup yang agak bebas kebanyakan IPT di Malaysia khususnya yang bertempat di Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor lebih menyebabkan sesetengah pelajar untuk tidak fokus kepada pengajian. Maklumlah, dah tiada siapa boleh marah atau bertegur. Macam - macam bole jadi. hehe. Tu termasuk dari segi pergaulan dengan rakan terutama roomate anda sendiri. Pelajar lebih mudah terpengaruh dengan sikap rakan-rakan mereka. Sebagai contoh: Yang bukan menghisap rokok tak mustahil akan menjadi seorang penghisap rokok yang tegar. "Tepuk dada , Tanya Iman ".

Kurang bijak menguruskan diri dan masa boleh mendatangkan masalah besar. Hal ini kerana kebanyakan pelajar lebih gemar menangguhkan kerja tanpa alasan yang sewajarnya. Tu belum lagi termasuk hal kewangan individu. Kalau anda jenis reti bawa diri, Prof tak kesah pun, hehe

Dibandingkan dengan program IPT setaraf Diploma yang lain, seseorang pelajar mungkin akan sedikit ketinggalan berbanding pelajar yang lain. Sebagai contoh, berlandaskan program 5 semester Diploma, pelajar yang memasuki IPT pada usia 18 tahun akan konvokesyen pada usia 21 tahun. Sedangkan pada masa yang sama, pelajar Pra-Universiti telahpun menjalani proses konvokesyen untuk Ijazah manakala pelajar Tingkatan 6 (STPM) sudah berada di tahun pertama/kedua untuk program Ijazah.

Dari sudut kos , memang bidang ipt ni memerlukan kos yang agak tinggi . Dengan kos penginapan dan kehidupan seharian . Risau dengan Kos yang terpaksa ditanggung ?  kemudahan pembiayaan kini boleh diperolehi dengan mudah. Dengan kemudahan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau dana Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mudah je , hanya perlu penjamin dan tandatangan dan juga perlu menguatkan diri untuk membayar kembali wang yang anda dah pinjam tu. So, anda kene berusaha untuk mencari biasiswa demi meneruskan kehidupan tanpa hutang.

Program Pra-Universiti (Asasi dan Matrikulasi)
Bagi sesetengah pelajar yang berkelayakan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, matrikulasi dan asas menjadi pilihan utama. Perlu diingatkan, Pra-Universiti ialah program khas untuk pelajar-pelajar cemerlang. Program ini juga dikenali sebagai trek pantas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah. Matrikulasi dan Asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program Diploma.

Program Pra-Universiti boleh dikaitkan dengan individu pelajar yang mengimpikan cita-cita untuk bergelar seorang doktor (Dr.) dan menyambung pengajian di universiti-universiti elit seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia , Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.Malahan , sesiapa yang terlepas peluang bagi menceburkan diri ke bidang pendidikan. Inilah peluang lain bagi anda.

Matrikulasi lebih umum dalam menawarkan program satu tahun (lebih kurang 9 bulan) dan ada juga program dua tahun (lebih kurang 18 bulan). Matrikulasi yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar  kini ialah matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi sesi 2011/2012 , sedikit perubahan telah berlaku. Sila rujuk sini.

Namun demikian, seperti yang dinyatakan diataus, terdapat beberapa IPTS dan IPTA menawarkan program Asasi di kampus-kampus mereka.Salah satu kelebihan besar bagi pelajar ini adalah boleh melangkaui program Diploma. Hal ini kerana, kebanyakan program Diploma mengambil masa sehingga 5-6 semester iaitu bersamaan dengan 2 tahun 5 bulan atau 3 tahun bersamaan 2 semester lebih kurang 1 tahun. Jadi, dengan semuda 18 tahun, pelajar memasuki program Pra-Universiti dan keluar pada usia 19 tahun dan seterusnya memasuki program Ijazah. Sekiranya pelajar tamat pengajian pada masa yang tepat, dalam usia 21-22 tahun, pelajar sudah melangkah ke alam pekerjaan dengan segulung Ijazah . Kos yang mereka tanggung juga kurang sedikit berbanding dengan pelajar diploma. Bagi mereka yang memasuki Matrikulasi KPM , mereka diberikan elaun sebanyak RM1250 pada satu sem dan kos asrama ditanggung oleh kerajaan. Selain itu, mereka juga hanya perlu lulus dengan CPGA 2.0 dan terus ditawarkan Program Ijazah Pertama oleh IPTA.

Dari aspek yang lain, berbeza dengan program Diploma dan Tingkatan 6 (STPM), perlu dingatkan bahawa sijil Asasi dan Matrikulasi boleh dikatakan tidak laku untuk pekerjaan. Kerana Asasi dan Matrikulasi KPM adalah program bagi persediaan ke Universiti. Pelajar tamat program Pra-Universiti WAJIB menyambung pengajian ke program Ijazah dan terus terang jika sekiranya seseorang pelajar tersebut gagal dalam Pra-Universiti, tiada peluang kedua dan pelajar terpaksa mengulang permohonan untuk menyambung pengajian menggunakan kelulusan SPM. Bagi sesiapa yang teringin masuk ke bidang matrikulasi , anda harus fokus untuk belajar. Sebab ikut pengalaman Prof, mereka yang score dibawah CPGA 3.0 , mereka telah dilelong. Justeru, kita kene berusaha lebih lagi.

Selain itu, pelajar Pra-Universiti juga turut perlu bersaing dengan pelajar-pelajar Diploma (semester akhir), dan Tingkatan 6 dalam usaha untuk merebut tempat di IPT dalam peringkat Ijazah.Anda tidak boleh lari dari persaingan. hehe

Tingkatan 6 (Sijil Tinggi Pelajara Malaysia / STPM)

Tingkatan 6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir oleh pelajar apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT apatah lagi ke Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan di Malaysia dan kolej-kolej swasta yang memerlukan kelulusan SPM yang rendah dengan kos yang menarik bagi  lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya sikap sebahagian besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan tingkatan enam. Sehingga ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau terus bekerja menggunakan kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 kerana alasan “tingkatan 6 kurang populariti dan glamor”.

Malahan, ada yang merasakan program ke Tingkatan 6, STPM kurang relevan lagi pada masa kini, namun tahukah korang bahawa setiap nama pelajar SPM telah pun didaftarkan didalam sekolah-sekolah yang bersesuai di Tingkatan 6 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya tinggal korang memilih untuk menerima tawaran atau tidak. Banyak alasan yang tidak masuk akal seperti “Tingkatan 6 kena pakai baju sekolah balik”,kerana anda akan melalui sedikit perbezaan belajar daripada semasa anda sedang di Tingkatan 5.

Hal ini berlaku kerana golongan ini beranggapan Tingkatan 6 lebih susah dari IPT, dan merupakan jalan yang lambat berbanding menggunakan saluran Pra-Universiti untuk ke peringkat Ijazah. Berdasarkan pengalaman dan permerhatian prof  kebanyakan golongan yang berminat untuk ke Tingkatan 6 merupakan bangsa Cina. Kebanyakan dari bangsa ini jarang dilihat memilih Diploma sebagai kelulusan utama. Mereka sanggup mengambil peperiksaan STPM mendapat prinsipal yang cemerlang dalam STPM untuk menyambung  pengajian di peringkat Ijazah .

Jika dikaji dengan teliti, pendidikan Tingkatan 6 boleh dianggap sebagai self-centered learning. Kerana melalui proses ini, pelajar didedahkan dengan cara menyelesaikan masalah dan pendidikan berpusat pelajar (bukan guru seperti semasa SPM). Jadi, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya apabila tiba di zaman IPT untuk meneruskan peringkat Ijazah setelah lulus didalam peperiksaan STPM. Malahan , mereka dilihat lebih terbuka dan tidak kekok sewaktu di IPTA.

Kejutan budaya yang macam mana prof maksudkan? di IPT, pendidikan lebih membuatkan pelajar berusaha sendiri untuk  menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi  dengan menggunakan segala sumber yang ada. Dan ini berbeza semasa zaman persekolahan Tingkatan 5. Maka, di Tingkatan 6, pelajar dilatih untuk menerapkan konsep pendidikan IPT dan dalam masa yang sama, dibimbing oleh guru.

Tingkatan 6 kebanyakkan menghadapi masalah bantuan pendidikan dari aspek tuisyen dari pihak luar. Yang ni pun prof tak pasti samada betul atau tak sebab di  bandar-bandar kebanyakkanya telah menawarkan program tuisyen di peringkat STPM. 

Menurut satu sumber ,  Tingkatan 6  menawarkan Sijil Akademik yang tertinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala universiti pula menawarkan Diploma iaitu persijilan mengikut program atau dikenali sebagai Sijil Ikhtisas yang boleh dikatakan tahap pencapaian terendah. Jadi, pastikan anda memasuki universiti sekiranya anda mendapat tawaran Ijazah dan bukannya Diploma. Kalau Matrikulasi atau Asasi tu boleh lagi la sebab kedua-duanya bukan Diploma. So , Why Not for form 6 ? form six ok. not form sick xD

KINI ,  terpulanglah kepada anda untuk menilaikan yang mana terbaik untuk diri korang.Apa yang anda pilih ini bakal mencorak masa hadapan. insyallah . Pilihan di tangan anda sendiri. Ibubapa dan guru boleh memberikan dorongan. dan berapa banyak pun mereka bebelkan. Keputusan Mutlak ditangan anda, hehe

Nanti prof tuliskan situasi sebenar prof sendiri selepas spm di ruangan lain akan datang.

Sekian


Sultan Muhammad Al - Fateh

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hehe. ok.. prof dapat idea untuk post tentang seorang bernama "Sultan Muhammad Al - Fateh" . Semalam prof berhubung dengan sahabat prof yaitu saudara Hasif Zainal dan dia telah berkongsi sedikit tentang kisah Sultan Muhammad Al- Fateh. Siapakah Baginda ? Prof da wat researh sedikit mengenai sejarah islam ini. Rasenye korang semua ada sedikit info melalui sejarah tamadun islam yang telah kamu belajar ketika di tingkatan 5 sewaktu SPM dahulu. Sultan Muhammad Al- Fateh atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Fakta Menarik tentang "Sultan Muhammad Al- Fateh" :

- Menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya
- Menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine.
- Menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya).Tetapi sekarang telah dikenali sebagai Istanbul.
-Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

 Novel sejarah islam

 
 Potret Baginda

Sehingga hari ini sejarah hebatnya masih diingati. Ketokohannya sering menjadi contoh dan tauladan. Semangatnya tidak pernah padam sebagaimana  Nabi s.a.w menyebut kota besar itu akan dibebaskan.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w mengenai pembebasan Konstantinopal :
"Sabda Nabi s.a.w ketika menggali Parit Perang Khandaq : "Konstantinopal ( Istanbul hari ini ) akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

(Hadis Riwayat Ahmad)
Siapa tahu sebagaimana umat Islam yang kecil di Madinah, sedang menggali parit, dengan jumlah yang tidak ramai, tiba-tiba Nabi s.a.w menjanjikan suatu yang sangat besar bagi umat  ? 800 tahun kemudian , Sultan Muhammad Al Fatih , khalifah ke 7 , Kerajaan Bani Usmaniah bersama 150,000 orang tentera telah berjaya merealisasikan Hadis Nabi Muhammad S.A.W .

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Teluk Golden Horn
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia

Gambaran ketika menarik kapal sejauh beberapa batu diatas bukit

Oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan takbir Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya
membebaskan Constantinople

Boleh jadi jika kita hari ini yang akan menjatuhkan  kuasa besar dunia yang dilihat kejam, sedangkan umat sangat kecil dan lemah.

Tapi janji Nabi s.a.w adalah janji yang benar. Janji Allah s.w.t tidak pernah dimungkiri oleh Nya.

Kita mesti belajar dari sejarah. Meskipun sejarah tidak berulang tapi kita mesti mengambil iktibarnya dan belajar darinya.

"Ambillah iktibar, wahai orang yang berakal. ( Al - Hasyr : 2 )

Sekian dari prof :D

Facebook Twitter RSS