Join Event mahupun Persatuan di USM[Part 1]

Asalamualaikum dan salam sejahtera..heheh..

Tujuan Entry ini diwujudkan adalah bagi menceritakan pengalaman aku sebagai student di USM.Patotnya aku nak tulis masa kt USM.. tapi x sempat lah pulak... hehe.Alhamdullilah, rezeki aku dapat sambung belajar kt USM..Di USM, telah dipupuk kepada pelajarnya untuk aktif di dalam akademik mahupun persatuan dan juga tidak dilupakan adalah sukan. Hohoho..sebenarnya dalam bahasa mudahnya USM lebih menerapkan pelajarnya untuk berdikari dan mempelajari segala selok belok semasa menguruskan sesuatu aktiviti..Bermulalah daripada segi membuat kertas kerja,seterusnya proses2 yang berkaitan, perlaksaan, dan juga daripada segi pengurusan kewangan..Mungkin Universiti lain ,agak mudah untuk mengeluarkan soal kewangan.Tapi di USM, kami telah diajar untuk berdikari..yang kami belajar. tidak semua benda adalah percuma.yaaa.. kat dunia ni tidak semua benda percuma..Alhamdullilah,, banyak yang kami pelajari ketika berpesatuan ini.. nak menguruskan pengangkutan,persiapan tempat dan sebagainya..Harap ianya boleh menjana soft skill untuk pelajar khasnya pelajar USM bagi mengharungi kehidupan kelak.Kamilah aset negara.

Melihat kepada aktiviti-aktiviti di USM yang aku ketahui ade beratus2 persatuan antara yang aku tahu:



Persatuan yang mempunyai kuasa besar adalah Majlis Perwakilan Pelajar yang biasanya dipilih melalui Pilihan Raya Kampus dan melalui beberapa akta AUKU.Calon-calonya dipilih daripada calon umum ataupun calon untuk pusat pengajian.Beberapa kriteria dilihat sebelum calon dinamakan..wat masa ni, aku tidak mempunyai pengalaman lagi bagi menghadapi pilihan raya kampus.Di USM, terdapat Parlimen Mahasiswa yang pertama diperingkat IPT.Ahlinya terdiri daripada YDP-YDP Persatuan di USM. Jadi itulah sahaja yang boleh aku cerita.heheh



Persatuan kedua terbesar adalah Majlis Penghuni Desasiswa(MPD).Biasanya barisan Exco mahupun Majlis tertinggi dilantik melalui interview yang dijalankan.MPD ini sebenarnya satu persatuan yang sama dengan persatuan untuk Kolej.di USM khasnya di USM Kampus Induk, terdapat 8 Desasiswa a.k.a Kolej Kediaman.Antaranya : MPD AMAN DAMAI,MPD BAKTI PERMAI,MPD CAHAYA GEMILANG,MPD FAJAR HARAPAN,MPD INDAH KEMBARA,MPD RESTU,MPD SAUJANA,dan MPD TEKUN. di Kampus kejuteraan terdapat dua Desasiswa dan juga di Kampus Kesihatan.Tiap2 Desa mempunyai seorang penggawa,lebih daripada seorang penggawa dan felo.Aku mempunyai pengalaman dalam MPD Tekun. heheh.. banyak juga pengalaman yang aku kecapi semasa menjalankan tugas.Kami bagaikan satu keluarga di dalam MPD Tekun ni..nanti2 lah aku cerita.hehe


Terdapat juga Persatuan Anak Negeri seperti Ikatan Mahasiswa Negeri Johor(IKMAR), Anak-Anak Kedah USM [KAKUSMA] dan lain2.. heheh. aku join gak Ikmar.. tapi ape yang mampu jelah sebab aku dah bz ngn 

MPDT


Persatuan Pusat Pengajian, Haaa.. ini yang aku nak tekan kan ni. hehehe. Yang aku tahu, adalah Persatuan Pusat Pengajian Kaji Hayat (Biosociety) ini adalah persatuan yang mengumpulkan semua ahli keluarga Biologi untuk bersama-sama dalam semua aktiviti yang di jalankan. Rugi sape yang tidak joint oo~~~

dan akhir sekali ada beberapa sekretariat seperti Sekretariat Pencegahan Rasuah, Sekretariat Konvokesyen dan Expo, Sekretariat Rakan Muda,Sekretariat .... hah x larat dah nk menulis.. hahaha.. Sekretariat ini berbeza sedikit dengan Persatuan. Kalau persatuan kalau nak lantik ahli mesti melalui mensyuarat Agung manakala kalau Sekretariat biasanya dilantik melalui Majlis tertinggi

Event yang biasa dijalankan si USM adalah , Pesta Hoki Antarabangsa, Convex.

Macam-macam anda boleh join semasa belajar di USM ni... heheh.. jgn x belajar pula.. nnti aku sambung cerita lagi ok dalam part2 yang akan datang..

sekian terima kasih :D


Facebook Twitter RSS