Pengenalan serta sejarah ICT dunia & Internet

 Asalamualikum dan salam sejahtera...


Hehe. Prof da wat keputusan untuk share blog ni dengan sedikit2 ilmu prof tentang ICT. Banyak juga prof dapat daripada dunia tanpa sempadan. Apa-pun prof cuba sedikit untuk berkongsi. Jadi Prof mulakan dengan beberapa info. Sebenarnya isi - isi yang prof post ni adalah daripada Modul yang prof sendiri olah. Mungkin ade sedikit persamaan dengan blog2 lain or sumber lain. tapi percayalah ilmu adalah untuk Di share bukan hak individu

Sejarah ICT

Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat era utama iaitu Era Penulisan, Era Percetakan, Era Telekomunikasi dan Era Komunikasi Interaktif. Beliau menamakan kesemua ini sebagai evolusi komunikasi manusia.
1)Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 Sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini Buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.
2)Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dr Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat Khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.
3)Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.
4) Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.

Sejarah Internet

Sekitar tahun 1960-an, penyelidik-penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer-komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat. Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubungan dengan bantuan talian telefon. Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Advanced Reseach Project Agency (ARPA) , Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Pendekatan tersebut menemui kejayaan dan era Rangkaian Komputer bermula.Ianya kenudian dikenali sebagai ARP Anet. Rangkaian ini membolehkan sesebuah sistem komputer berkongsi data dan maklumat dengan mudah dan pantas.Terdapatbanyak lagi projek rangkaian lain yang berfungsi dengan menggunakan sistem yang tersendiri seperti NSF (National Sciene Foundation), MILNET dan sebagainya. Perkembangan system rangkaian ini berubah begitu pantas dan pesat.

Pada tahun 1970-an, ARPA membina peraturan atau protokol bagi tujuan penghantaran data di antara rangkaian komputer yang berbeza.Protokol Internet (singkatan ari pekataan internet-working) inilah yang membolehkan semua komputer di seluruh dunia boleh dihubungkan antara satu sama lain.

Seterusnya,pada tahun 1980-an, hubungan rangkaian dengan rangkaian ini , yang kemudiannya dikenali sebagai internet mula berkembang dengan kadar yang sangat menakjubkan.Beratus-ratus kemudian, beribu-ribu institusi pengajian tinggi, syarikat dan agensi kerajaan mula menghubungkan Komputer mereka kepada internet . Kini, internet telah pun manjadi sebahagian dari budaya dan gaya hidup penduduk di mana-mana jua di seluruh dunia.

Facebook Twitter RSS