HALATUJU SELEPAS SPM
Posted by
Muhammad Farhan
Monday, August 8, 2011  at 11:56 PM
1 comments
Labels :
Akademik
Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Aha ! . Prof telah dapat idea ye nk bertinta mengenai pengalaman prof menyambung pelajaran selepas menghabiskan pembelajaran sewaktu SPM. Maybe entry ni khas untuk adik-adik yang baru tamat pembelajaran di peringkat SPM.. Maybe adik2 semua akan mengalami pengalaman seperti prof jugak suatu hari nanti. insyallah.. mcmne ye nak start ? hahaha.. Seperti yang adik2 tahu. SPM merupakan tahun terakhir adik berada di alam persekolahan , sebelum adik masuk ke zaman Pra-Universiti dan seterusnya ke Peringkat Universiti dan terus ke peringkat tertinggi untuk berjaya dalam hidup . Macam2 saluran boleh pilih. sebelum tu tetapkanlah niat untuk sambung belajar.. Maybe satu persoalan akan timbul. " Saya nak jadi apa ye suatu hari nanti ? " time tu la korang akan teringat tentang biodata peribadi murid yang telah cikgu tanya sewaktu tadika, darjah satu, dan mungkin semasa sekolah menengah. Macam2 option pekerjaan telah disebut. hehe
Bila masuk hal dengan keputusan SPM, Sudah ditakdirkan mesti ada yang cemerlang dan tak kurang juga yang kurang memuaskan. Walaupun demikian, Prof kalau tak silap, SPM 2010 dapat menyaksikan kenaikan peratusan kenaikan kualiti dan kuantiti pelajar cemerlang yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Hal Ini bermakna, tahun prof amik SPM (2009) yang lepas , pencapaiannya masih tidak sebaik tahun 2010.Prof harap adik-adik yang sedang berjuang tahun ni. teruskan usaha anda tu. Sebab anda umpama di medan perang yang sebenar. Kalau tidak wat preparation awal umpama anda semua sedang masuk di dalam medan perang dengan membawa senapang M-16 tanpa peluru. heheh. kira berani mati la tu :D. Semoga berjaya untuk peperiksaan trial SPM pada tahun ni yang dijangkakan pada bulan september 2011 dan yang sebenar di November, dan keputusan di Mac .Sebaik sahaja keputusan SPM 2011 bakal diumumkan, jangan lah berlengah untuk mengemaskini rekod permohonan IPT mereka terutama mereka yang memohon melalui UPU. Selain itu, ada juga yang menyemak kursus-kursus yang sesuai dengan keputusan mereka di halaman IMASCU. Macam biasa, Keputusan anda cemerlang , sudah tentu anda semua boleh pergi jauh. Akan tetapi , bagi yang mendapat keputusan yang sederhana tu. Janganlah bersedih. Rezeki anda ad dimana2 sahaja. Cuma anda perlu berusaha lebih lagi untuk mencarinya.Malah, ada juga yang keliru dengan keputusan masing-masing, adakah mereka sepatutnya menyambung pengajian di IPT, Pra-Universiti atau di Tingkatan 6. Mengikut rezeki Prof. Prof dapat result sederhana sahaja. Tapi alhamdullilah , Prof bersyukur apa yang prof dapat. Harap adik2 sekalian pon macam tu.
"Biar kita gagal merancang , tapi janganlah merancang untuk gagal"
Ok, ini jalan selepas anda semua ni tamat mengambil sijil SPM :
- Permohonan masuk ke peringkat ijazah di luar negara dan biasiswa berprestij JPA dan MARA. Tapi hanya calon yang cemerlang 1A atau 2A semua subjek.
- Permohonan masuk ke peringkat diploma atau asasi undang-undang di IPTA
- Permohonan masuk ke peringkat diploma di politeknik  
- Permohonan masuk ke matrikulasi KPM
- Permohonan masuk ke program Asasi Sains Universiti Malaya.
- Permohonan masuk automatik bagi yang layak ke tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah (ke peringkat STPM)
- Permohonan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) ,Calon yang berjaya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah perguruan di IPTA ditetapkan. Keutamaan pelajar cemerlang yang berminat.
- Permohonan mengikuti Program Pra-Diploma UiTM
- Permohonan mengikuti Kursus Sijil melalui : Mara , Politeknik , ILP , Kolej Komuniti , IPTS
- Permohonan Melalui UPU/MOHE
A)SPM>SIJIL/PRA DIPLOMA>DIPLOMA>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD
B)SPM>DIPLOMA>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD
C)SPM>ASASI/MATRIKULASI>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD
D)SPM>PENGALAMAN BERKERJA>DIPLOMA>SARJANA MUDA>SARJANA>PHD
Semua jalan diatas ni semuanya menuju kepada bidang ijazah. cuma terdapat perbezaan daripada Masa dan juga kos yang terpaksa ditanggung ketika pembelajaran.Ikut kemampuan diri anda. "Tepuk dada , Tanya Selera "
Prof akan bgtaw pendapat prof melalui beberapa kajian dan pendapat. Entri ini dikeluarkan  setelah pemerhatian yang dijalankan selama beberapa bulan dengan  kerjasama beberapa orang sahabat yang melanjutkan pengajian dalam  pra-universiti dan tingkatan 6. Baca lebih lanjut untuk mengetahui  pro-dan-kontra tentang pengajian di IPT, Pra-Universiti dan Tingkatan 6.
Institut Pengajian Tinggi (Program Diploma IPTA/IPTS)
Merupakan pilihan utama bagi kebanyakan individu.ADA juga  yang memilih untuk ke IPT untuk glamor semata-mata ye. Dapat sahaja slip  SPM tu, kebanyakan diantara pelajar mula memikirkan universiti mana  yang mereka nak masuk, nama-nama seperti UiTM, UIAM, UM, MMU, UTP, UniKL  mula menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar. Belum lagi  diceritakan tentang kursus-kursus yang nak dipilih, ada yang pilih  Business Study, Islamic Banking, Accounting, Architecture and  Engineering, Computer Science dan tidak kurang juga yang telah berangan mengambil kos kritikal seperti farmasi. Hehe. terserah. tapi mase isi kos tu. pastikan melepasi syarat minimum dan khas. kalau tak, DUKACITA la jawabnye. huhuh
Kehidupan  di IPT boleh dikatakan agak menyeronokkan dan agak bebas berbanding kedua-dua pilihan  lain tadi. Mane taknye diri sendiri  berhak menentukan apa yang terbaik dan apa yang buruk. Segalanya  bergantung kepada diri sendiri dan pengaruh rakan-rakan yang lain. Ditambah pula  dengan jadual waktu kuliah yang fleksibel dan boleh disusun sendiri oleh  pelajar. Pilihan kursus pengajian yang banyak merupakan satu kelebihan  untuk pelajar IPT, sebagai contoh, dengan penggunaan accumulated course  untuk sesebuah program membolehkan pelajar mengambil subjek-subjek  tanpa pre-requisite terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko gugur taraf  sekiranya CGPA tidak mencukupi.Bagi sesiapa yang memilih IPT, ini merupakan jalan yang paling selamat dan kalau anda terbabas pun. anda boleh melanjutkan atau mengulang semula paper yang anda tidak score tu.
Kebaikan  Diploma dari segi pendidikan berterusan ialah kebolehupayaan pemindahan  kredit (credit transfer) ataupun potongan kredit hours semasa mengambil ijazah, sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar  telah tamat pengajian dan berkonvokesyen untuk program Diploma Sains  Komputer, dia boleh memindahkan kredit dari program Diploma ke program  Ijazah. Maka, terdapat kursus-kursus pengajian yang tidak perlu diambil  untuk menamatkan sesuatu program pengajian.
Berbeza  dengan Pra-Universiti, walaupun terdapat sesetengah program Pra-Universiti  dijalankan , sebagai contoh Pusat  Asasi UM dan Mahupun di Matrikulasi KPM, kebanyakan pelajar yang menuntut di IPT (selain  program Pra-U) boleh dikatakan kurang tertekan. Hal ini kerana,  peperiksaan dijalankan secara berjadual dan diusulkan terlebih dahulu (3  minggu lebih awal), tugasan selalunya diberi masa 2-3 minggu sebelum  tarikh tamat dan projek akhir selalunya dibuat dalam berkumpulan.
 Dari konteks  lain pula, gaya hidup yang agak bebas kebanyakan IPT di Malaysia khususnya yang bertempat di Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan  Selangor lebih menyebabkan sesetengah pelajar untuk tidak fokus kepada  pengajian. Maklumlah, dah tiada siapa boleh marah atau bertegur. Macam - macam bole jadi. hehe. Tu termasuk dari segi pergaulan dengan rakan terutama roomate anda sendiri. Pelajar lebih mudah terpengaruh dengan  sikap rakan-rakan mereka. Sebagai contoh: Yang bukan menghisap rokok tak  mustahil akan menjadi seorang penghisap rokok yang tegar. "Tepuk dada , Tanya Iman ".
Kurang bijak menguruskan diri dan masa boleh  mendatangkan masalah besar. Hal ini kerana  kebanyakan pelajar lebih gemar menangguhkan kerja tanpa alasan yang  sewajarnya. Tu belum lagi termasuk hal kewangan individu. Kalau anda jenis reti bawa diri, Prof tak kesah pun, hehe
Dibandingkan dengan  program IPT setaraf Diploma yang lain, seseorang pelajar mungkin akan  sedikit ketinggalan berbanding pelajar yang lain. Sebagai contoh,  berlandaskan program 5 semester Diploma, pelajar yang memasuki IPT pada  usia 18 tahun akan konvokesyen pada usia 21 tahun. Sedangkan pada masa  yang sama, pelajar Pra-Universiti telahpun menjalani proses konvokesyen  untuk Ijazah manakala pelajar Tingkatan 6 (STPM) sudah berada di tahun  pertama/kedua untuk program Ijazah.
Dari sudut kos , memang bidang ipt ni memerlukan kos yang agak tinggi . Dengan kos penginapan dan kehidupan seharian . Risau dengan Kos yang terpaksa ditanggung ?  kemudahan pembiayaan kini  boleh diperolehi dengan mudah. Dengan kemudahan seperti Perbadanan  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau dana Majlis Amanah Rakyat  (MARA). Mudah je , hanya perlu penjamin dan tandatangan dan juga perlu menguatkan diri untuk membayar kembali wang yang anda dah pinjam tu. So, anda kene berusaha untuk mencari biasiswa demi meneruskan kehidupan tanpa hutang.
Program Pra-Universiti (Asasi dan Matrikulasi) 
Bagi  sesetengah pelajar yang berkelayakan dan mendapat keputusan yang  cemerlang dalam SPM, matrikulasi dan asas menjadi pilihan utama. Perlu  diingatkan, Pra-Universiti ialah program khas untuk pelajar-pelajar  cemerlang. Program ini juga dikenali sebagai trek pantas untuk  melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah. Matrikulasi dan Asasi adalah  program khas yang dirangka untuk  membolehkan pelajar cemerlang  melangkau program Diploma.
Program  Pra-Universiti boleh dikaitkan dengan individu pelajar yang mengimpikan  cita-cita untuk bergelar seorang doktor (Dr.) dan menyambung pengajian  di universiti-universiti elit seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia , Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.Malahan , sesiapa yang terlepas peluang bagi menceburkan diri ke bidang pendidikan. Inilah peluang lain bagi anda.
Matrikulasi  lebih umum dalam menawarkan program satu tahun (lebih kurang 9 bulan)  dan ada juga program dua  tahun (lebih kurang 18 bulan). Matrikulasi  yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar  kini ialah matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi sesi 2011/2012 , sedikit perubahan telah berlaku. Sila rujuk sini.
Namun demikian, seperti yang dinyatakan  diataus, terdapat beberapa IPTS dan IPTA menawarkan program Asasi di  kampus-kampus mereka.Salah satu  kelebihan besar bagi pelajar ini adalah boleh melangkaui program Diploma. Hal ini kerana, kebanyakan  program Diploma mengambil  masa sehingga 5-6 semester iaitu bersamaan dengan 2 tahun 5 bulan atau 3  tahun bersamaan 2 semester lebih kurang 1 tahun. Jadi, dengan semuda 18  tahun, pelajar memasuki program Pra-Universiti dan keluar pada usia 19  tahun dan seterusnya memasuki program Ijazah. Sekiranya pelajar tamat pengajian pada masa yang tepat, dalam usia 21-22 tahun, pelajar sudah melangkah ke  alam pekerjaan dengan segulung Ijazah . Kos yang mereka tanggung juga kurang sedikit berbanding dengan pelajar diploma. Bagi mereka yang memasuki Matrikulasi KPM , mereka diberikan elaun sebanyak RM1250 pada satu sem dan kos asrama ditanggung oleh kerajaan. Selain itu, mereka juga hanya perlu lulus dengan CPGA 2.0 dan terus ditawarkan Program Ijazah Pertama oleh IPTA.
Dari  aspek yang lain, berbeza dengan program Diploma dan Tingkatan 6 (STPM),  perlu dingatkan bahawa sijil Asasi dan Matrikulasi boleh dikatakan  tidak laku untuk pekerjaan. Kerana Asasi dan Matrikulasi KPM adalah program bagi persediaan ke Universiti. Pelajar tamat program  Pra-Universiti WAJIB menyambung pengajian ke program Ijazah dan terus terang jika sekiranya seseorang pelajar tersebut gagal dalam Pra-Universiti, tiada peluang kedua dan  pelajar terpaksa mengulang permohonan untuk menyambung pengajian  menggunakan kelulusan SPM. Bagi sesiapa yang teringin masuk ke bidang matrikulasi , anda harus fokus untuk belajar. Sebab ikut pengalaman Prof, mereka yang score dibawah CPGA 3.0 , mereka telah dilelong. Justeru, kita kene berusaha lebih lagi.
Selain  itu, pelajar Pra-Universiti juga turut perlu bersaing dengan  pelajar-pelajar Diploma (semester akhir), dan Tingkatan 6 dalam usaha  untuk merebut tempat di IPT dalam peringkat Ijazah.Anda tidak boleh lari dari persaingan. hehe
Tingkatan 6 (Sijil Tinggi Pelajara Malaysia / STPM)
Tingkatan  6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir  oleh pelajar  apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT apatah lagi ke  Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan di  Malaysia dan kolej-kolej swasta yang memerlukan kelulusan SPM yang rendah dengan kos yang menarik bagi  lepasan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya  sikap sebahagian  besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan  tingkatan enam. Sehingga ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau  terus bekerja menggunakan kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran  ke Tingkatan 6 kerana alasan “tingkatan 6 kurang populariti dan  glamor”.
Malahan, ada yang merasakan  program ke Tingkatan 6, STPM kurang relevan lagi pada masa kini, namun  tahukah korang bahawa setiap nama pelajar SPM telah pun didaftarkan  didalam sekolah-sekolah yang bersesuai di Tingkatan 6 oleh Kementerian  Pelajaran Malaysia. Hanya tinggal korang memilih untuk menerima tawaran  atau tidak. Banyak alasan yang tidak masuk akal seperti  “Tingkatan 6 kena pakai baju sekolah balik”,kerana anda akan melalui sedikit perbezaan belajar daripada semasa anda sedang di Tingkatan 5.
Hal  ini berlaku kerana golongan ini beranggapan Tingkatan 6 lebih susah dari IPT, dan merupakan jalan yang  lambat berbanding menggunakan saluran Pra-Universiti untuk ke peringkat  Ijazah. Berdasarkan pengalaman dan permerhatian prof  kebanyakan  golongan yang berminat untuk ke Tingkatan 6 merupakan bangsa Cina.  Kebanyakan dari bangsa ini jarang dilihat memilih Diploma sebagai  kelulusan utama. Mereka sanggup mengambil peperiksaan STPM mendapat prinsipal yang  cemerlang dalam STPM untuk  menyambung  pengajian di peringkat Ijazah .
Jika dikaji  dengan teliti, pendidikan Tingkatan 6 boleh dianggap sebagai  self-centered learning. Kerana melalui proses ini, pelajar didedahkan  dengan cara menyelesaikan masalah dan pendidikan berpusat pelajar (bukan  guru seperti semasa SPM). Jadi, pelajar tidak akan mengalami kejutan  budaya apabila tiba di zaman IPT untuk meneruskan peringkat Ijazah  setelah lulus didalam peperiksaan STPM. Malahan , mereka dilihat lebih terbuka dan tidak kekok sewaktu di IPTA.
Kejutan  budaya yang macam mana prof maksudkan? di IPT, pendidikan  lebih membuatkan pelajar berusaha sendiri untuk  menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi  dengan  menggunakan segala sumber yang ada. Dan ini berbeza semasa zaman  persekolahan Tingkatan 5. Maka, di Tingkatan 6, pelajar dilatih untuk  menerapkan konsep pendidikan IPT dan dalam masa yang sama, dibimbing  oleh guru.
Tingkatan 6 kebanyakkan menghadapi masalah  bantuan pendidikan dari aspek tuisyen dari pihak luar. Yang ni pun prof  tak pasti samada betul atau tak sebab di  bandar-bandar kebanyakkanya  telah menawarkan program tuisyen di peringkat STPM. 
Menurut satu sumber ,  Tingkatan 6  menawarkan Sijil Akademik  yang tertinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala  universiti pula menawarkan Diploma iaitu persijilan mengikut program  atau dikenali sebagai Sijil Ikhtisas yang boleh dikatakan tahap  pencapaian terendah. Jadi, pastikan anda memasuki universiti sekiranya  anda mendapat tawaran Ijazah dan bukannya Diploma. Kalau Matrikulasi  atau Asasi tu boleh lagi la sebab kedua-duanya bukan Diploma. So , Why Not for form 6 ? form six ok. not form sick xD
Nanti prof tuliskan situasi sebenar prof sendiri selepas spm di ruangan lain akan datang.
Sekian
1 comments:
- Unknown on May 9, 2020 at 6:34 PM said...
- 
hai..bgus blog tuan..sh nak share...jika ada adik2 spm yg minat nak masuk dip pendidikan awal kanak-kanak 2 tahun sahaja under upsi-bole wsp sis utk info 011-16930576.sis share utk info k 
- 
  
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 



 
  