Asalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hahaha.. janganlah pelik ye kalau aku lame menghilang. Hilang tanpa jejak dan kesan ? betulke ? Da meninggal ? pehhh kurang hajar la tu. hahaha.. aku masih lagi hidup lagi okeyh. sehat walafiat. Macam biasa nak biasakan suasana baru di peringkat IPT. So aku bz sikitlah.. maaf semua yang mungkin menunggu aku membuang semak samun dekat blog aku ni. hahaha.. ok the truth is aku dekat :
Gambar aku di hadapan P.P Sains Kajihayat aka School of Biology
Sebahagian daripada buku yang patut aku bace sebagai novel. ala rileks la nipis je ni (konon2 wat buta. haha)
Gambar aku dengan sahabat baru . hehe. so far mereka semua terlampau sporting and hyperactive
Maaflah aku lambat nk tulis semua ni. hahaha. aku da decide dah yang aku xkan tgglkan lagi blog aku ni. Permulaan hidup aku kat sini memang dalam keadaan yang menduka citakan dengan kekurangan sumber kewangan , nak ngam ngn roomate aku pun payah. hahaha. tp alhamdullilah lame2 okayh la tu. cuma masalah aku sekarang mengenai time management dan juga study.. aku x jumpa lagi rentak yang sesuai untuk aku study. pantang aku tenshion sket konform2 aku lepak kat katil and teros tdow. xde perasaan nak study.semua keputusan terletak dekat tangan aku. hahaha. Mula2 masuk sini agak memberikan tekanan jugak , dengan kene ulang balik Muet melalui paper persediaan universiti. ade bahasa melayu dan macam2 lagi dan paling teruk tiba2 muncul persoalan dalam diri aku. Benarkah aku nak ambik subject Applied Biology ni.Orang lain senang - senang je dapat itu ini. aku ??? . Bila pikirkan balik , tapelah ade orang lagi susah daripada aku..Alah bisa tegal biasa .
Gambar aku dalam lab. hahaha
Ermmmm... kalau hidup ni apa yang kita nak kita dapat sudah semestinya best kan. TIDAK sama sekali. hahahaha. APA yang kita nak tidak dapat tapi yang pelik , apa yang kita tak nak kita dapat. hohoh. ape2 pun ade hikmahnya..
"allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu , melainkan dier mngubah nasibnya sendiri"
dan
"Jangan bersedih , allah sentiasa bersama kita "
Apa yang terjadi harini ade hikmahnya.. semuanya dah tertulis..KINI aku hadapi macam biasa. aku dekat Universiti Sains Malaysia , aku libatkan diri dalam beberapa persatuan. Bukan apa , aku sendiri yang nak cari skill kepimpinan dan pengalaman. Alhamdullilah aku sudah berada dekat sini , dan insyallah , aku akan menjadi salah seorang daripada "KAMI MEMIMPIN"
Sekian ,