Facebook Badge

About Me

My photo
Nama diberi Muhammad Farhan Bin Ali .. call me paan. je. Hidup aku simple je tapi aku x kesah sangat lah. aku ade keluarga dan juga rakan. Jatuh bangun aku. itulah kehidupan..
Powered by Blogger.

Special Report: Operation Malaysia

Asalamualaikum dan salam Sejahtera..

Entry kali neyh aku nk bercerita pasal isu semasa . Baru-baru neyh kita telah dimaklumkan yang SKMM telah menyekat 10 laman web fileshare yang digunakan untuk memuat turun sebarang movie di internet.Berikut adalah 10 laman web yang akan disekat oleh suruhanjaya komunikasi dan multimedia (skmm) malaysia. Kerajaan malaysia menyekat laman tersebut kerana melanggar akta hakcipta 1987 dan kandungan laman download percuma tersebut adalah salah disini undang-undang.

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

(p/s : kenapa banyak laman web lucah x disekat ?)

Kemudian kita telah dikejutkan dengan ugutan daripada kumpulan pengodam "Anonymous".

Hacker group Anonymous dah mula dah operasi menentang Malaysian yaitu  kerajaan malaysia ikuti kisah penuh dekat sini :

 
"Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour."

Status :

Malaysia Official Government Website
(
DoS / Switched off - Up at 3:49am - Down at 4:06am)

Other Malaysian wesites:
SabahTourism.comHacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia)Hacked
Tourism MalaysiaUnaffected
UiTM PenangHacked
JBiotechHacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)Hacked
CIDBHacked but back up12:20am
Land Public Transport Commision Hacked but back up12:15am
1MalaysiaDoS / Switched off3:45am
Malaysian Communications and Multimedia CommissionUnaffected
ASEANConnectDoS / Switched off
Malaysian Meteorological ServiceDoS / Switched off
Ministry of EducationDoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya MalaysiaDoS / Switched off
Bomba DoS / Switched off
TMNet Unaffected
Perbendaharaan MalaysiaDoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya MalaysiaDoS / Switched off
Parlimen MalaysiaDoS / Switched off
Malaysian TreasuryDoS / Switched off
University Kebangsaan MalaysiaDoS / Switched off
Jobs MalaysiaDoS / Switched off
Information, Communications and CultureDoS / Switched off
Human Resouce MinistryDoS / Switched off3:59am
National Sports CouncilDoS / Switched off
Polis Diraja Malaysia (PDRM)DoS / Switched off

(sumber : http://world.yes.my)
Kredit to : addy :)

Lagi senarai Laman web kerajaan yang down akibat hacking :

http://www.kjc.gov.my/
http://www.moe.gov.my/
http://www.sprm.gov.my/
http://www.bomba.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/
http://www.kkr.gov.my/
http://www.parlimen.gov.my/

http://www.parlimen.gov.my
http://www.pdrm.gov.my
http://www.1malaysia.gov.my
http://www.sprm.gov.my
MOSTI.GOV.MY

Laman Web pendidikan :
otomotif.edu.my
WWW.UKM.MY
upm.gov.my

(sumber : kenehack.com)

Dunia owh dunia.Peperangan alam siber telah bermula.
senarai kumpulan bertanggungjawab :


Anonymous , 
Riekscrew ,
Dragon Force.

Video Laman web UITM Penang yang kene hack :



Semalam pun ade keluar di Berita TV3 mengenai team hackers ini. Pihak PDRM dan beberapa agensi lain masih bekerja sama dan bertindak. Pendapat aku lah kan , kalau mereka dah berjaya menggodam. Sudah tentu ramai pihak akan membuka mata. Hal ini berkaitan dengan penilaian sistem sekuriti di negara kita.Sejauh manakah tahap keselamatan internet di negara kita ???. PEACE MALAYSIA ,

Harap blog aku neyh x kene hack la . hahahaha

Sekian,

SURAH AL-BAQARAH AYAT : 216

Asalamualaikum dan salam sejahtera...


 Entry kali neyh aku nk bercerita tentang salah satu ayat dalam al-quran. Telah dikongsikan kepada aku tentang surah ini oleh seorang sahabatku bernama Wan Asyraf. Terima kasih kepadanya kerana dapat memberikan aku jawapan tentang persoalan dalam hidup neyh.


TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT : 216
Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الْÙ‚ِتَالُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ ÙƒُرْÙ‡ٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَاللّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ لاَ تَعْÙ„َÙ…ُونَ
  (البقرة: 216)


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Renung - renungkan lah dan selamat beramal :)
sekian ,

Universiti Sains Malaysia(USM)

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Post kalineyh aku nak cerita pasal Keputusan permohonan ke USM.
Harineyh mesti semua digemparkan dengan berite neyh. hahaha . Sumpah time neyh aku rase bole kene heart attack , tapi aku kuatkan hati jugak , lalu aku pun membuka monzilla firefox dan menaip dengan tangan yang terketar - ketar. Dukacita ke ? (Jenuh dah aku dengan perkataan neyh)

Http://pohon.usm.my

loading punya loading sampai lah keseluruhan page tersebut diloadkan.

Program Ijazah Sarjana Muda [Penuh Masa] Sidang Akademik 2011/2012

Untuk melihat semakan permohonan ke usm calon perlu login ke pohon@usm dengan memasukkan no rujukan dan kata laluan.

Keputusan permohonan kemasukan ke USM boleh disemak pada 10 Jun 2011 mulai jam 12.00 tengahari. Hebahan juga dibuat melalui SMS hanya kepada calon yang berjaya mendapat tempat di USM. Calon-calon perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan selewat-lewatnya pada 15 Jun 2011, jam 5.00 petang.

Nama calon yang tidak berjaya atau tidak memberi jawapan atau menolak tawaran USM akan dihantar kepada UPU (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk proses pemilihan bagi pengambilan oleh IPTA lain (tertakluk kepada permohonan calon ke UPU).

Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan kemasukan melalui laman web ini mulai 11 hingga 20 Jun 2011. Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga. Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat. Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat.

Sebarang pertanyaan hubungi hotline 1 300 888 876.
Tarikh : 10-12 JUN 2011 (waktu operasi : 8.10 pagi - 8.00 malam)
Tarikh : Mulai 13 JUN 2011 (waktu operasi : 8.10 pagi - 5.10 petang) (Isnin - Jumaat SAHAJA)

Errrr... aku pun teroslah masukkan ID dengan password aku dekat ruang yg disediakan. YELAH...takkan lah aku nak bace je kan laman web neyh. Dimulakan dengan bismillahirahmanirahim..

Rase nak terkentut , terkincit , sakit perut , sedih , gembira semua ada apabila terbaca :





Alhamdullilah Ya Allah... errr.. aku dpt kos.. jeng jeng jeng.. (Masih dalam perbincangan dengan family). Tidak sangka aku letak pilihan pertama kos tu... tu je aku bole cerite (cecite..cecite)..heheh. Sekarang aku pun x konfirm nak pergi atau tidak.. hanya masa yang menetukan sebabnya Hidup Ini adalah Risiko yang harus diambil.

Harap perjalanan hidupku dipermudahkan..
Bersama - samalah kita berdoa untuk kejayaan hidup kita ye :)
aminnnnn


Sekian,

(p/s : aku post neyh bukan nk menunjuk2 ye. sekadar bak berkongsi berite yang anda semua dah bole semak keputusan USM tu. jgn berlengah2 ye :) )

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai(LTAS)

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Okeyh.. entry kali neyh yang aku nk post adalah mengenai salah sebuah lapangan terbang yang ada di malaysia ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.Meh sini aku nak cerita sedikit pasal info about lapangan terbang ini sebagai salah satu pengetahuan AM sahaja. Mengikut sumber Wikipedia , Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai singkatan IATA: JHB, ICAO: WMKJ. Terletak dalam kawasan Mukim senai.Terletak berhampiran dengan Johor Bahru.Lapangan terbang ini telah dibina pada tahun 80-an yang telah memberi kesan terhadap pembangunan sosio ekonomi penduduk Senai.Dimanakah Senai ? Senai terletak empat kilometer di selatan Kulai, dan empat kilometer di utara Skudai. Lebuhraya E3 mengaitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan Tuas di Singapura.Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu daripada hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003. LTAS ini memberi perkhidmatan terbaik bagi Pelabuhan Tanjung Pelepas yang sebagai pelabuhan di Johor.Lapangan terbang ini sering kali digunakan oleh Rakyat Johor mahupun singapura untuk terbang ke Thailand , Brunei , vietnam dan sebagainya. LTAS ini juga terletak dalam Lokasi Domestik di dalam Wilayah Pembangunan Iskandariah Malaysia . Hari ini , LTAS berwajah baru dengan reka bentuk aerodinamik dan mempunyai kelengkapan Wifi percuma.

Terdapat beberapa keping foto yang sempat aku capture semalam , saja - saja je pergi :)


Gambar 1 : salah satu pintu masuk utama ke dalam LTAS


Gambar 2 : saje je lalu lorong neyh untuk masuk kedalam


Gambar 3 : Pemandangan di dalam. hehe . sori pix blurrr sket.

Itulah sedikit sebanyak mengenai Lapangan Terbang Antara Bangsa Senai.

Sekian ,

Cat Rabit

 Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Haaa.. neyh aku nk cter pulak pasal short series Anime yang bertajuk " There She is " . Sumpah cerite neyh kelakar sebab macamne Arnab bole jatuh cinta dengan si Kucing. Pelik x ? tapi diorang sweet giler. Kelakar beb cerite beyh. Aku dapat tengok pun time mase Kuliah Biologi , itulah yang best ngn KMJ. Kuliah yang x membosankan : ). Cerite neyh ade 5 step je. hohoh. selamat menonton.

Step I :



Step II :



Step III :



Step IV :



Last Step ( Step V )



Hehe.. selamat menonton ye.

Sekian,

Kursus Asas ICT SMKMA

 Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Entry kali neyh aku nk cerite pasal Kursus ini telah berlansung dengan jayanya pada 14 Mei 2011 di Makmal Komputer SMK Munshi Abdullah , Kulaijaya dengan 4 fasilitator bersama 9 orang pelajar SMKMA. Sebenarnye, 1st time aku diberi peluang nak conduct Kursus. hehehe. X sangka buah pikiran aku untuk buat kursus ini telah di ambil serius oleh aku panggil dier Madam Ho je. Dier seorang guru perpustakaan dan media di sekolah tersebut. Aku saje je lah mention pasal perancangan kt Madam Ho untuk wat kursus tu, sebabnya. Kesian sekolah tu nanti klau aku dah sambung belajar jauh - jauh ke. X de sape nk tlg tngokan masalah or perbaiki masalah tu. Kalau nak harapkan kedai or technition luar memang la bole . TAPI , kat luar tu semua x bole pakai. tahu nak kaut untung jea. So aku rase inilah peluang aku nak berbakti dekat sekolah untuk jangkamasa panjang. Aku neyh bukan expert sangat pasal IT neyh. Setakat yang termampu sahaja. X sangka aku diberi peluang macamneyh. So aku mulakan dengan kertas kerja. bape kali sangkut sebab salah ejaan ( dah lame tinggal BM la katakan. hahaha) dalam 3 kali, madam Hoh yang betolkan. pastu pembinaan Modul asas ICT SMKMA. aku kasi yang kaw2 punye dari ape yang aku tahu. hehehe. Lepas tu alhamdlilah aku setel. aku ditolongi oleh sahabat karib aku sendiri macam Nazmi , Hanif dan juga Faris. Aku neyh da le kaki lenjan je..hahaha. janji semuanya terbaik.

Gambar 1 : Fasilitator Kursus Asas ICT SMKMA


Gambar 2 : hahah.. adik2 manis yg tgh dengar aku ajar. hahaha(bole caye ke ?)


Gambar 3 : heheh.. adik2 yg fokus mendengar


Gambar 4 : Gurlp.. Ketua Fasi rase mcm nk sakit jantung je time neyh. hahah. tp kali neyh aku
 tidak lagi berprofil "letcher yang garang.wakakaka" sebab aku rasenye dah pandai cover
sket.



Gambar 5 :Assemble and Diassemble PC Tutorial. hahah.
 Kasi buli budak2 neh

Gambar 6 : Gambar suka suki.. hahahah.


Alhamdullilah , Kursus tersebut dah berjaya dan mencapai objective nye. moto " Usaha pasti jaya" bole dipakai ye :). Penat jugak tp asalkan berbaloi

Terima kasih untuk semua yang terlibat. Aku sayang " SMK Munshi Abdullah " sebagai sejarah yang aku pernah bersekolah di situ


Sekian





BBQ nite @ 4/6/2011

BBQ or dalam bahase ibunda kita disebut Barbeku. hahah. Entry kali neyh aku nk cerita sket pasal BBQ yg dah berlansung mase 4 jun 2011. Yelah pelan neyh last minute punya. Biasanya plan last minute mesti jadi. Aku x sangka , sorang member aku neyh bole cadangkan nk wat BBQ dlm pukul 5.30 . Aku rase mcm mustahil giler. tp bila aku tepon lagi member aku neyh. heheh. ape2 pun boleh jadi. dengan meeting punya meeting. dalam pukul 6.30 kitaorang bergegas ke tesco , Kulai membeli keperluan. Takot jugak overbudget. tp alhamdullilah. dengan RM40. kitaorang mampu membuat BBQ untuk 9 orang makan. X caye ?? percayalah. hahahah. mlm tu kitaorang puas mkn ayam. main cheff member aku neyh namanye YOK. X sangka mlm tu pertemuan aku ngn member aku berjalan lancar. kira kitaorang wat reunion sekali lah. bertempat dekat rumah member aku. Hanif. tambahan lagi besok tu harijadi member aku sorang lagi so.. alang2 sambut sekali.. :)


Proses memasak. hahah penat oooo. da la badan bau hangit :)


Tuan rumah (Hanif) la kene masak . wakakaka.
 tapi last2 aku jugak yg kene. huhuhu


Nak kene jugak.. kene ratakan bara untuk
pembakaran yg efficient. hahaha


Inilah orang kate. proses melantak. yummy3..
 sedap menjilat kaki. heheh


Geng malam tu : Nazmi(Baju putih berdiri),Aku(tgh masak),Am(baju hitam duduk),Yok(baju PLKN)
Wira adeed(tunjuk peace), Faris(baju merah),paan B(sweeter hitam), Tarmizi(baju putih duduk)
Hanif(tukang ambik gambar)


Malam tu alhamdullilah , semua berjalan lancar. thx to hanif , tukang sponsor tempat. dan semua yang terlibat..


Nasib aku x kene bebel ngn mak aku sebab blk lambat. hahaha

sekian,







Memancing oh pancing..

okeyh dalam entry neyh pulak aku nk cerite (cecite.. cecite ) pasal pengalaman aku g mancing dekat sebuah kolam yg terletak berhampiran dengan ladang sayuran di Estet Senai.Perjalanan yang mengambil mase kira2 20 minit melalui jalan persiaran kulai-highway kempas/JB-mini estet senai-kolam sayur. lebih kurang 30KM perjalanan pergi sahaja. Da masuk je dlm kawasan tu. perasaan meluap2 ade lah jugak. ade sorang member neyh tayar dier bole pancit pulak. so kitaorang tercongok kt situ nk dekat 3 jam smbil nk tnggu motor ganti. hehe sabor je le.. dah la haritu hujan lebat pulak (padahal pagi tu mmg x mandi pun.hahaha)

Inilah motorsikal yang digunakan untuk redah kebun kelapa sawit tu. hahaha.
Kasi lenjan je (bukan motor aku. hahaha)

Masalah ! sebab laluan utama kene block ngn pembinaan Highway Seelong-Senai.
Ape pun x bole !. dah kene pusing lalu jalan jauh.
Laluan yang mencabar: Kesian member2 aku kene rider motor dengan 
tahap maksimum sebab bru lepas hujan. 
So tanah licin. sabor je la ye :)
Peralatan memancing....

Da sampai sane. ape lagi da siapkan joran + mata kail cari port. untuk event seterusnya x dapat nk capture gambar sebab mase tu x selamat. silap langkah bole jatuh henset 10sen aku neyh. hahaha. tp dekat sane jugak aku belajar erti kesabaran. Mancing aku patah , sebab tali aku sangkut. sabor je la. gmbar ikan pon x sempat nk ambik. sorry la ye. I am sorry. hehe(hati tahan sabar)

mase nak balik : hahaha.. gmbar neyh je aku smpat nk ambik sebelum blk. 
Kenangan di kebun sayur. aku pulang dengan tangan kosong. tapelah xde rezeki :)

Sekian....


My first Entry

Asalamualaikum dan salam sejahtera..

Harineyh hari 1st aku belajar nak wat blog , asyik men fb jea. boring pulak aku. aku teringin nk menulis something yang memberi makna kepada aku sendiri , keluarga , sahabat dan lain2.

aku definisikan kehidupan sebagai satu ciptaan teragung allah s.w.t , sesuatu yg murni sifatnya dan dijadikan semuanya dengan sebab. percayalah semua yang di ciptakan di dunia ini ade hikmahnya dan bukan sesuatu yang sia2. Justeru itu , cehhh.. lame dah x belajar wat karangan. hahah kekok sket (^_^). Errr.. sambg blk ape yg aku nk ckp hargailah kehidupan ini..

itu je aku nk tulis dulu untuk mukadimah blog neyh.
sekian terima kasih

Facebook Twitter RSS