Selamat berjuang !
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Entry kali ni prof tulis untuk dedicated kawan2 prof yang akan menyambung pengajian yang telah bermula x silap paling awal pun semalam. Sekejap je cuti 5 bulan selepas tamat matrikulasi mahupun asasi..
Kita bakal menyambung perjalanan hidup yang penuh halangan dan pancaroba. (ceyhhhh.. konon2 ske bg ayat skema mcmni. wakaka) . Kegagalan yang lepas bukanlah selamanya gagal kan ? tidak lari dari fitrah manusia untuk mereka berjaya.. cume cara mereka berjaya dalam hidup mungkin berbeza ataupun sama. Mana2 jalan anda boleh lalui tapi terserahlah kepada anda sendiri yang menentukan. rezeki juga. yakinlah yang rezeki tu ade dimana2 sahaja. cuma kita kene pandai grab je.
Dengarlah lagu ini sebagai pembakar semangat :
Mana-mana yang rasa frust tu sebab tidak dapat nak beraya sakan tu. lupakanlah untuk beraya sakan ye. zaman kita dah berlalu untuk raya.Cukuplah sewaktu kita kecil dahulu g beraya kt rumah orang . nak masuk rumah orang malu. tapi nk " mintak diri laju je". wakakaak(ceyhh.. prof sndiri ade pengalaman macam tu. hehe)
Insyallah, kita bakal membuka lembaran baru . Sahabatku sekalian. Kejarlah kejayaan kamu tu dengan cara yang betul. Kejayaan di dunia dan di akhirat. bukan dunia je. Berserah dan berdoalah kepada-Nya (pesanan untuk diri sendiri jugak sbnrnye) . Sesungguhnya kita tidak mengetahui tapi allah swt lebih mengetahui.Penuhkan ilmu di dada ye :D
Dahulu mase prof sekolah agama. ade seorang ustazah pesan kt prof dan rakan sekelas.
"kalau awak semua nak berjaya di dunia dan akhirat. ingt duit"
mase tu kami semua tercengang . Ape kaitan dengan DUIT? setelah dihuraikan oleh ustazah tersebut. tanda soal yg berada di atas kami pun beransur lenyap dan timbulnya jawapan
apekah itu D.U.I.T ?
D-Doa
U-Usaha
I-Ilmu
T-Tawakal
alhamdullilah, keempat2 unsur ini boleh dijadikan panduan semasa mengejar kejayaan dunia, malahan di akhirat
tngok pulak 3 perkataan yang patot kita buang dari diri kita :
SUSAH ? (satu perkataan pembunuh untuk manusia mengejar kejayaan sekarang)
sampai bila nak larikan diri dari "susah" ni ? sampai bila ? cakap ngn prof. heheh. janganlah lari. kita hadapi dulu ya, jangan patah semangat. patah pensil tape. XD. Mungkin "susah" yang anda larikan diri ni boleh membawa kesenangan di masa hadapan. aiyoohhh still ingat kan lagi pepatah ni :
Berakit- rakit ke hulu , berenang - renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu , bersenang - senang ketepian
GAGAL ?(satu perkataan yang boleh buat hidup kucar kacir)
Menurut kamus dewan....(errr.. rumah kite xde kamus dewan yg versi 2007 punye. haihhh. xnak la tulis. wakakaka) Untuk elak "Gagal" dah tentu2 kita kena berusaha lebih sedikit. tapi jangan lupa. Segala yang terjadi ni ketentuan-Nya. kita berserah sahaja. Bagitau prof. sapa je yang selalu berjaya tanpa gagal ? ceit ! poodah. jangan nk tipu ya. Albert Eistein pun selalu fail dalam peperiksaan tapi macamana dia boleh berjaya ? malahan jadi genius lagi ?
"Gagal tidak selamanya Gagal".
"Biar kita gagal merancang, jangan merancang untuk gagal"
Malas ( perkataan yang mmbuat sesuatu perkerjaan yang mula2 bermakna akhirnya sia2)
benar kata Dr. Mahathir. penyakit M inilah penyakit orang melayu. so kite dah taw sakit. of courselah kene ubatkan. Tanamkan jati diri dalam hidup anda. dan fokus. errr.. nk huraian ? ni benda subjektif
"Tepuk dada tanya selera "
bagi prof 3 perkataan tu je yang digeruni (wat mase ni la. hehehe) yang membuatkan kita sukar mengejar impian kita untuk berjaya. so bersamalah kita tangani 3 perkataan tu. Yakin pada diri sendiri. You can Do It !
Kepada sahabat2 prof yg belum mendapat tempat. Jangan down2 taw. insyallah minggu ketiga september keputusan keluar. Bagi pelajar matrikulasi sememangnya "disuap" sebab secara automatik mereka ditawarkan mengikuti ijazah kelas pertama jika mereka lulus matrikulasi. chill ok ? bnykan berdoa. bnykan berdoa dan bertawakal kpd allah s.w.t. bersamalah kita mendoakan kejayaan bersama. insyallah :)
Kejayaan dalam genggaman anda. Jangan lepaskan !
NO to IMPOSIBLE , but YES to I'M POSIBLE