Bila mak aku da pesan....

asalamualaikum wbt dan salam sejahtera...


Hehehehh... arini aku rase lapang sket nak menulis blog yang nampaknya usang tapi tak pernah lapuk.. Aku sebenarnya masih lagi dalam peperiksaan final semester 1. Ermmm.. entry kali ni pun adelah jugak pasal luahan hati aku pasal perperiksaan final semester 1.. Patotnya aku luahkan dengan allah swt sahaja. tapelah aku tulis kat sini sebagai berkongsi pedoman hidup aku.. inilah exam pertama aku dekat peringkat Universiti.. Dahulu sebelum masuk ke Universiti ni. Aku rase berkobar2 sangat. Perasaan nak belajar tu membuak2.. Tinggi Cita2 aku nk kejar "List Dean" ataupun nk dapat 1st hornour degree.. Tapi realitinya , tidak semudah itu.. Dengan faktor diri dan keadaan sekeliling.. Aku semakin jauh dengan cita - cita tu..


Kos yang aku ambik, dengar macam mudah. Applied Biology tapi semester ni aku ambil :
Amali biokimia sel dan genetik , Ko-K Kelanasiswa,Teras Keusahawanan, Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu , Biokimis Sel , Kimia Organik dan Genetik..

Sebenarnya Biology ni dah cukup wat aku terbunuh..hahaha.. tp insyaAllah.. aku ambil kos ni sebab aku nk belajar benda yang aku teringin belajar. Kesian waktu aku SPM dulu macam2 dugaan waktu aku belajar biology ni. Pernah aku declare depan kawan aku dengan berkata " Aku benci BIO".

Surah al-baqarah 216 : perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
  

Perasaan :

Pernah jugak aku rase down sangat2.. sampai aku tidow satu hari.. Ermmm.. hanya allah je yang tahu perasaan aku...Keadaan dahulu , contohnya seperti di matrikulasi.. punyalah aku bersemangat nk tulis jawapan dalam exam tapi dapat markah dpt macamtu..tu alhamdullilah lagi.. tapi keadaan sekarang.. belum tentu aku dapat menulis jawapan. Macam2 persoalan timbul... " Benarkah masa hadapan seorang pelajar itu ditentukan oleh kertas peperiksaan ?" pendapat anda ? hahahah.. Pikirkanlah..Keadaan selepas kita menjawab peperiksaan pun boleh wat kita hilang mood. Sebagai contoh. tiap - tiap keluar dari medan peperiksaan. Mesti ada hamba allah yang bijak tu akan berbincang kembali soalan apa yang mereka mampu jawab.. Ada ke hamba2 allah ini memikirkan perasaan orang yang tidak mampu menjawab peperiksaan itu ?. MasyaAllah.. kadang2 keadaan tulah yang wat orang macam aku ni down sangat2.. tapi tapelah.. benda2 tu bukan boleh diubah pun..Bersyukurlah yang anda masih mampu lagi menjawab dan hadir ke peperiksaan itu.

Macam betul plak gambar ni. wakakaka
Masalah :

Ermm.. sebelum ni masalah aku kurang sedikit. tapi makin lama makin bertimbun.. Dengan nk melayan kerenah assigment dan orang di sekeliling kita membuatkan aku terbatas untuk membuat persediaan secukupnya. MasyaAllah.. Banyak nya masalah.. tipulah Manusia tidak ada masalah.. Alhamdullilah syukur aku masih lagi mampu menghadapi masalah tu.Cuma masalah aku adalah terlampau memikirkan masalah tu terlampau mendalam dan akhirnya pemikiran mendalam tu memakan diri aku.Pernah jugak aku hampir tersasar and hampir tertinggal solat. Selain tu , aku ibarat jasad tak berjiwa Masyallah..Senangnya hilang jiwa kita ketika ketika dalam kesusahan. Ketika kita dalam kesukaran itulah syaitan bijak melakonkan watak dan sumpahnya untuk menyesatkan kita.  Alhamdullilah .. aku masih lagi waras . Nasib baiklah ade insan yang berjaya membawa aku ke jalan yang sepatutnya. take it easy man :) .

Maka hanya jiwa-jiwa yang ber tawakal kepada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah swt sahaja tiada berduka ketika ujian melanda dan tidak sombong ketika nikmat tiba kerana sedar bahawa segalanya adalah milikNya, semua di dunia hanyalah fatamorgana dan pengharapan kepada sebuah ilusi adalah sia-sia.

Harapan :
InsyaAllah , aku akan wat terbaik untuk masa akan datang..
Ikut akal bertawakal , Ikut hati mati

“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” 
(At-Talaaq : 3)

Seorang sahabat ade juga memberi pesanan :

Belajarlah kerana Allah S.W.T
Jawablah Exam kerana Allah S.W.T
 
Ermmm... kadang2 aku down sangat mak aku kadang2 teros call aku. taw2 je aku tengah down.. Naluri seorang ibu.. aku pun meluahkan segalanya kat mak. Mak aku selalu pesan untuk membaca surah Al Insyirah.


SURAH AL-INSYIRAH

“KEIARANGAN”

بِِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu untukmu?


 وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
2. Dan mengangkat bebanmu dari (pundak)mu,

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
3. Yang telah memberatkan unggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan meninggikan untukmu sebutan kamu?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 5. Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
7. Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras!

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8. Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!

Lepas memahami maksud daripada surah ni baru aku rasa tenang sedikit. Subhannallahh...
Harap sesiapa yang membaca entry ni ambillah pedoman dan jangan tersasar dalam hidup anda
Insyallah..


Jangan bersedih, sesungguhnya allah sentiasa bersama kita :)

Facebook Twitter RSS