Facebook Badge

About Me

My photo
Nama diberi Muhammad Farhan Bin Ali .. call me paan. je. Hidup aku simple je tapi aku x kesah sangat lah. aku ade keluarga dan juga rakan. Jatuh bangun aku. itulah kehidupan..
Powered by Blogger.

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Di Tepi Jalan

Prof da research sket dari google dan prof menjumpai jawapan yang bole dijumpai :
Kepada seseorang yang percaya amanah dirinya dia boleh ambil duit yang ditemui terbiar
dia boleh memilikinya dengan syarat dia mengiklankan selama setahun. Jika dapat dikesan tuannya hendaklah harta tu diserahkan kepada tuannya. Jika selepas setahun tidak didapati tuannya bolehlah dia memiliki harta tersebut.

2.Ada ulamak yang mencadangkan harta yang tidak boleh diserahkan kepada tuannya hendaklah disedekahkan dengan niyat sedekah bagi pihak tuannya. Seolah-olah kita bertindak sebagai wakil.


Perkara berbangkit :
Dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi bila duduk asrama, seringkali kita terjumpa barang hilang/barang orang tinggal. Boleh tak kita guna barang tersebut?

1. Saya pernah dgr ada ustaz kata jika tinggal di tempat waqaf, boleh pakai, tapi mesti niat untuk pulang?
2. Saya juga ada baca dalam hadith sahih bukhari muslim, boleh pakai selepas setahun. Tapi ada ustaz kata untuk 3 hari bahkan sehari pun ada?

Jawapan:

الحمد لله

Soalan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.

Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?

Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

i.          Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat  seperti    roti ,buah-buahan ,kayu  maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW

لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود .

Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.

ii.         Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain  ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW 

( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه ،

Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.

وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال )

Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat ssunggunya ia telah bersalah .

iii.        Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-

a)         Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada

   1. Memakan dengan berhutang  kos nya apabila empunya nya ditemui.
   2. Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut
   3. Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan  berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.

( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه

Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.

b)         Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.

c)         Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :

حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه

Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil

1.Rekodkan spesifikasinya

2.Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.

3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.

والله اعلم

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Surat Cinta :D

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Petang tadi prof saja - saja lah susun fail dalam laptop prof ni. tibe2 prof ternampak file word. prof pun open file tersebut. prof baru je bace perenggan atas sekali. haihhh.. prof teringat yang addy , salah seorang teman prof yg bg satu surat tu.Nama surat tu adalah surat cinta.bagi prof ia memiliki karya kesusteraan yang tinggi.Sila la bace surat tersebut. mesti ade meninggalkan kotoran degil dalam hidup anda. HAHAHA

Surat Cinta

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.


Sumpah. ini adalah ubat ketawa paling mujarab yang prof jumpe. hehe.
"SELAMAT BEGULING-GULING GELAK"
Kredit to : penulis asal and addy .

Duit oh duit

Duit oh duit
Benar kata orang :

“DUIT BUKAN SEGALANYA , TETAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT”

Pernah x korang terfikir jika menggunakan duit ? dari manakah korang semua dapat semua tu ? Rata-rata mesti lah mereka dapat daripada ibubapa mereka. Tetapi pernah x korang terfikir bape banyak tenaga dan masa demi mendapat beberapa RM dalam sehari ? akan tetapi dalam beberapa saat sahaja kita boleh habeskan duit tu ? . Kita akan berasa kusut bila pikir pasal duit apabila secara terperinci. Dunia sekarang telah berubah dengan meletakkan duit sebagai satu nilai kehidupan . Opss.. salah cakap ke ? Sebab duit nyawa seseorang boleh hilang. Sebab duit boleh melunturkan keimanan seseorang. Sebab duit boleh wat kita sehat. Sebab duit boleh buat kita sakit. Macam2 lagilah bila disebutkan pasal duit ni. ADAKAH DUIT ITU SATU KEPERLUAN ? YA ! dunia telah membuat kita kearah tu..
Prof da berfikir yang lagi beberapa tahun akan datang :
-Mungkin kita perlukan duit untuk kita gunakan bagi membiayaai pengajian,  duit makan , nak beli buku rujukan. Photostate.Tambang pergi dan balik.Duit klau nk pergi ke klinik.beli pakaian.topup.yuran tu. Yuran ini.Memang Duit PTPTN or Biasiswa cukup. Tapi sampai bila ?
-Mungkin kita perlukan duit untuk bayar balik pinjaman yang kita dah buat terutama PTPTN. Bayangkanlah satu sem kita dapat RM3,500.00klau 6 sem ? RM21,000.00 . banyak x ? tu baru wat degree.Kalau nak bayar balik x termasuk interest mahupun kos pentadbiran.
-Ni kalau kita boleh jamin kita bakal mendapat pekerjaan yang bagus . x kesahlah kan ? Tahu x bertapa susahnya nak mencari pekerjaan dalam dunia ni. Benar rezeki allah dimana2 je. Tapi ingtlah rezeki tidak datang bergolek.
-Kalau kos sara hidup yang dilihat semakin meningkat. Kalau korang insyallah da bekerja nanti. Pikirlah korang nk menjadi seorang yang boros or berjimat cermat. Korang maybe perlukan Duit untuk bayar ansuran rumah , Duit bil api air , Duit Makan, Duit nak isi minyak kenderaan , Duit nak bayar ansuran Kenderaan, roadtax kenderaan . Duit hutang tu. Hutang ini .Nak pergi haji lagi .rasenya biar papa asal bergaya . selogan tu boleh digunakan :D
-Bayangkanlah korang nak makan sedap je. Tapi bila sempit ? xkan lah korang nak makan sedap jugak kan ?
-Pernah x korang terpikir parent kita bertungkus lumus nak cari duit. Tapi senang2 je kita habeskan. Korang terpikir x perasaan diorang ?
-Bayangkan lah korang satu hari nanti terhimpit , takkanlah nak pinjam ahlong. Nak ke diistihar muflis ?
-Memang betol kita patot guna duit mase hidup sebab duit x boleh bawak ke mati. Tapi ingtlah yang xde duit , kita pun boleh MATI.
-X yah lah jeles ngn orang. Sebab tahap kemampuan kita berbeza2.
-Hah ! klau sebut pasal Kahwin. Kalau nak meminang. Hmmm.. rasenya yang menjadi masalah kat sini adalah kaum adam. Kalau xde RM 20K jangan harap la nak berkahwin(sepatutnya). Kalau calon korang tu jenis high profile. Mesti family letak tinggi2 punye. Hahaah.Klau korang dapat kerje yang mantop mesti x kesah sngt. Tu klau ....
-Klau sebut pasal mati pun. Perlu jugak. Nak beli kelengkapan macam kapur barus, kain kapan , duit nk buat kenduri lagi. Bayangkan korang dah berkeluarga. Dah la x tingglkan ape2. Xkan korang nk tngok family korang kebulur or merempat kan ? untunglah klau ade orang dalam family lain yg boleh tngok2kan family,.

Pesanan bersama untuk prof sekali sebenarnye. hehehe:
-Gunakanlah sumber yang ade ini dengan berjimat cermat. Jangan boros sangat. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemahuan. Beli sesuatu tu untuk long term bukan short term.Tabunglah demi masa hadapan

Sekian ,

Facebook Twitter RSS