Surat Cinta :D
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Petang tadi prof saja - saja lah susun fail dalam laptop prof ni. tibe2 prof ternampak file word. prof pun open file tersebut. prof baru je bace perenggan atas sekali. haihhh.. prof teringat yang addy , salah seorang teman prof yg bg satu surat tu.Nama surat tu adalah surat cinta.bagi prof ia memiliki karya kesusteraan yang tinggi.Sila la bace surat tersebut. mesti ade meninggalkan kotoran degil dalam hidup anda. HAHAHA
Surat Cinta
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan   cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika   nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama   molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali   perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau  juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,  kambing  salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan  pasu  bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama  Kurt  Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya   percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah   mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh  penternak  lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang  bersiap sedia  menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya  perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah  secara  besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku  menghidap  penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu  memaksa  aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah  keselamatan. Aku  seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.  Aku bagaikan  tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang  angkasa, apabila  daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi  setelahaku  tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke  rubber-set.  Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan  terperangkap di  dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit  yang bagai  sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan  kipas  helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata  sikapmu  mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1  ke ruang  angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila  terserempak  dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini  tidak  diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri  berbual-bual dengan pokok betik  untuk mengisi masa lapang.  Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada  tiang rumah agar nampak  lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam  peti sejuk mengenangkan  dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba  bermain badminton sambil  makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku  tak berdaya. Lalu aku  membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor  itik serati jiran  sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa  sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah  kau curi  hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga  kau  terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit  dan  dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.   Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku   tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan   kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara   Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu  tersangkut  di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi  Komuter  hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang  kutempuhi  kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar  siapa aku. Aku hanya insan  biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan  McGyver, McDonald's, Superman  atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga  bukanlah Ultraman seperti yang kau  idam-idamkan. Aku menyedari  kekurangan diri dan kekurangan kemudahan  awam di tempat sendiri. Tak  perlu dikesali lagi kerana nasi telah  menjadi capati dan tin sardin  yang ku genggam ini telah pun luput  tarikhnya. Segalanya sungguh  mengharukan dan semua hadiah pemberianmu  termasuk enjin kapal selam  telah pun aku cincang untuk dibuat makanan  lembu.
Walaupun  segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini  aku tetap  menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada  kompleks  membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar   Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap   menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari   bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil   keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku   berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya   kepadamu. 
Sumpah. ini adalah ubat ketawa paling mujarab yang prof jumpe. hehe.
"SELAMAT BEGULING-GULING GELAK" 
Kredit to : penulis asal and addy .
 



 
  