I'm back


asalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kini prof da kembali kedunia asal. kemanakah prof pergi ? hahah. prof sebenarnye pergi bekerje ye di salah sebuah kilang di MU TECHNOLOGY sebagai operator pengeluaran. ikuti kisah prof(special report). hehe. so prof telah wat cerite ini kepada 3 part : Mase aply , Mase Kerje , Mase berhenti..

Part 1: Mase Aply

Prof dapat tahu tentang kilang ini melalui kawan prof . afzal aysraf. dier cakap kilang ni ok sket. kerje x teruk sangat and yang paling penting. ade peluang untuk semayang jumaat :D. Dah lame prof nk start. tapi atas beberapa masalah. prof mula bekerja disitu lambat sangat ye. pada bulan 6. Prof mengambil keputusan bekerja sebagai Sub-Contract worker. sbb prof nk kerje kt situ sekejap je. Prof g la tepon agent bagi aply. pada 20 JUN 2011. Prof bersama kawan prof. Hanif dan mula masuk ke kilang tu. melalui sesi interview,sampailah ke waktu training. tp haritu jugak Hanif telah cabut akibat x tahan. Prof pun mula2 rasa macamtu.. tp pikir2 balik. mase study nnti . prof kene jugak pkai microscope. Bosan pun ade. Prof pun bersabar je. Lokasi Kilang tu terletak di Kawasan Perindustrian Senai -Fasa 2. kira2 20 minit dari rumah prof. Prof pagi2 bertolak pada pkul 6.30 pagi dan bila balik kerja. Prof sampai rumah pada pukul 7.45 malam

Part 2 : Mase Kerja

Hari ke-2 , prof telah ditukar ke bahagian line. penat jugak. tangan rase mcm nk tercabut. prof kene bahagian Fantail High. tp malangnye. begitu banyak prof telah lepaskan barang reject sampai ke bahagian akhir. prof hampir ditukarkan ke bahagian contamination. tapi nasib baik aritu. prof x kene.
Hari ke-3 , prof telah ditukarkan ke line 1n2. kt situ prof kenal Kak Su. dier leader prof. hihihi. kat situ prof ade belajar something. maybe bole aply dalam life
-Hari selanjutnya. prof kadang2 rase mcm ringan tangan je bila dapat tahu bangla sebelah prof ni pemalas. orang nk kejar output. dier bole wat malas2. itu satu. mesin prof elok2 laju yg membolehkan nk kejar output ade pulak bangla tu bole soh engineer bangsa dier jugak g slowkan mesin tu. haihhhh.. nasib prof ade kenal sorg dua engineer bangsa melayu. prof soh cepat sket. alhamdullilah. setel. kat situ prof belajar untuk :

1) bersabar.
2) macamne nk hadapi saat boring.
3)penelitian sesuatu yg kecil tapi memberi kesan besar.
4) Standard Operation Procedur sesuatu pengurusan. maybe prof bole aplikasi dalam bidang yang akan prof belajar nanti dan jugak kehidupan seharian.
5 )belajar jugak cara2 nk hadapi orang yang x sehaluan dengan prof. 
6)Skill yang membezakan sesuatu pekerjaan kita balance dari segi kuantiti mahupun kuantili.
7)Hilangkan sifat segan prof. dan memudahkan prof bergaul dengan orang sekeliling.
8)time management dan juga jadual harian
9)menajamkan lagi pemikiran kritis
10)care untuk berusaha. sebelum ni prof x pernah letakan target dalam kehidupan prof. kali ni prof cuba untuk letak target
11)pengalaman bawak motor nk g kerja masa hujan. ya allah bru prof tahu susah perit ibubapa kita nka tanggung kita. janganlah kita bazirkan ape yang ibubapa kita da beri :D

Badge pekerja
Suasana di dalam VMI department
Mesin Coil pin insertion
Contamination-Rejection checking

My gang : Shah and Isma
My gang : Suhildi

Prof anggap semua tu cabaran dan pengalaman berguna.

Part 3 : Last day

Akhirnya genaplah sebulan 6 hari prof bekerja disitu. tujuan prof berhenti adalah bagi membuat persiapan awal untuk menyambung pengajian :D. sebelum tu ade satu event yang diadakan di kilang Mu Tech yang bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Putra , Kulai. bagi prof tu salah satu majlis perpisahan :

 Gambar kenangan bersama Kak Suhaila. hihih

Gambar kenangan : Hafiz , Nizam , Zulkarnain , Izzudin , Hazim , Suhildi , Don


VMI-crew of leader + supervisor

Part of Mu technologies

Lunch time !!!

Hasil selepas berlaga sudu dan garfu. hahaha

Benar satu ayat ni :

"SETIAP PERTEMUAN PASTI BERAKHIR PERPISAHAN"

Sebelum melangkah keluar. prof g la jmpe sorang2 yang prof kenal.

soalan yang diterima

Ummi : paan nnti belajar rajin2 taw jage diri kat sane. tapi kenapa pilih pulau pinang ? kan jauh tu
Kak Su: paan nnti belajar rajin2. klau ade cuti sem ke. datang la kerje kt sini. bgtaw je. nnti admin tros masukan kt VMI. x payah nk training2 lagi. akak mntax maaf klau termarah ke
Kak Susi: jage diri. ingt jgn bercinta taw. bole nak bercinta . tapi mesti berpada2
yang bangla2 tu : majoriti cakap : aiyohhh.. u tipu ha ? mane mahu pergi ?
Kak Mutammar : ok goodluck adik. umur bape tahun ni ? study dekat mane ? akak mntx maaf klau wat salah
abg lan: ok ko jage diri. belajar elok2
banyk lagi prof nk tulis. tp kurang ingt. huhuh

pada pukul 7.15pm @ 25/7/2011 prof telah punch card wat kali terakhir di Mu technologies. terima kasih kepada semua yang terlibat. insyallah prof akan ingt pesanan - pesanan terakhir dari korang.prof pergi dari kilang tu dengan bawa seribu satu kenangan. semuanya indah2 belaka. tiada lagi prof yang selalu bawa bekal dan makan di kantin kilang tu. tiada lagi prof yang selalu gelak ketawa di kilang tu. Bagi prof kilang tu ok. berada dalam aircond dan duduk. haiysss bole nangis prof. hukhuk

Sekian ,

Facebook Twitter RSS